- Pendidikan Jasmani Suaian merupakan satu aktiviti pembelajaran yang diubahsuai untuk golongan istimewa tetapi sama impak seperti yang dialami oleh pelajar biasa.
- Pendidikan jasmani suaian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.
- Kedah-kaedah ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani.
- Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi kepada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat.
- Aktiviti pendidikan jasmani suaian amat penting kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi seperti menyediakan suasana ceria
- Aktiviti fizikal yang dijalankan direka khas dan diubah suai untuk membolehkan murid pendidikan khas menjalani aktiviti dengan selamat, bermain dengan adil bersama sama rakan.
Tuesday, 30 April 2013
Pendidikan Jasmani Suaian
Monday, 29 April 2013
Jenis genggaman pensil(kemahiran menulis) murid bermasalah pembelajaran
Rajah 1: Ilustrasi Definisi Operasi bagi Postur Genggaman dalam Urutan
Pembangunan (Sumber: Schneck & Henderson 1990)
Tidak semua murid yang memasuki program pendidikan mempunyai asas teknik menulis dengan betul.Gambarajah diatas menunujukkan beberapa pemeringkatan kemahiran menulis bagi murid-murid pendidikan khas terutama bagi murid bermaslah pembelajaran.Perkembangan jenis-jenis yang tidak matang dari a-h dan gambarajah i-j adalah genggaman yang matang.
Tugas guru-guru pendidikan khas akan memastikan kemahiran menulis murid-murid dapat dibetulkan seperti gambarajah i dan j.
kaedah taktile
Kaedah taktile atau kaedah penulisan diatas pasir telah diperkenalkan oleh Fernald (1943) dalam bukunya yang bertajuk "Remedial techniques in Basic School Subject' untuk membantu murid murid mengingati cara penulisan huruf.Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk murid-murid pendidikan khas tetapi turut sesuai digunakan untuk murid pemulihan.
Saturday, 27 April 2013
Kemahiran manipulatif
Gambar di atas merupakan biji-biji manik.Tahukah anda murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam memasukkan tali,benang atau apa sahaja ke dalam lubang biji manik.Mereka mempunyai kelemahan dalam koordinasi mata, kemahiran psikomotor halus dan kasar.Oleh sebab itu, murid-murid ini tidak tahu untuk memasukkan butang baju sekolah dengan betul atau tidak tahu langsung.
Di sekolah mereka akan diajar pelbagai asas kemahiran manipulatif bagi mengukuhkan kemahiran asas untuk psikomotor halus dan psikomotor kasar.Nampak mudah tetapi sebenarnya pembelajaran ini akan memakan masa berbulan-bulan atau bertahun.
Thursday, 25 April 2013
Pengurusan Kehidupan
Murid-murid pendidikan khas bagi bermasalah pembelajaran mempunyai fungsi yang pelbagai.Kompenan Pengurusan Kehidupan adalah satu cara bagaimana murid-murid ini diajar, di didik dan diasuh bagi membolehkan mereka dapat hidup berdikari seperti insan yang normal.sekurang-kurangna mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Kompenan Pengurusan Kehidupan dipecahkan kepada tiga subjek iaitu :
a.Pengurusan Diri
b.Pengurusan Tingkah Laku
c.Kemahiran Manipulatif
Ketiga -tiga subjek ini sangat diperlukan kepada murid-murid khas ini dalam membantu mereka dari aspek pengurusan diri seperti mengurus diri ke tandas, adab makan, amalan dan cara pemakaian .Perubahan tingkah laku juga perlu dikurangkan atau dihapuskan melalui pembelajaran tingkah laku yang betul.Bagi aspek kemahiran psikomotor halus dan kasar akan diterapkan melalui subjek Kemahiran manipulatif.

Monday, 22 April 2013
Bakat dan potensi murid
Wednesday, 17 April 2013
Program Inklusif
Program pendidikan Inklusif dijalankan bagi memberi peluang untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulumbiasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dngan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing)
Program pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunkan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Insklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran diambil dan murid yang mengikuti program ini akan mempunyai seorang atau lebih guru pembimbing dari kalangan guru-guru pendidikan khas.

Saturday, 13 April 2013
Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.
Melalui Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik iaitu:
"Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan"
Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran murid murid bermasalah pembelajaran program Pendidikan Khas adalah berdasarkan kemampuan dan keperluan murid.Antara kaedah dan teknik yang paling praktikal ialah secara berpusatkan murid atau terarah kepada pengajaran secara individu dan kumpulan.Ini kerana setiap individu murid khas mempunyai kebolehan yang tidak sama antara satu sama lain menyebabkan guru perlu menggunakan kaedah dan teknik tersebut.
Monday, 8 April 2013
Kurikulum Pendidikan Khas.
Program Pendidikan Khas mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas dibawah Akta Pendidikan 1996 dibawah peraturan-peraturan pendidikan(Pendidikan Khas 1997 Bahagian 11 3 (2).
Mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pengurusan Diri, Sains Alam Sekeliling.
Apabila KPM mengubah kurikulum KBSR kepada KSSR, Pendidikan Khas turut mentranformasikan kurikulum lama kepada kurikulum baru yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu KSSR untuk bermasalah pembelajaran, KSSR untuk masalah penglihatan dan KSSR untuk masalah pendengaran.
Pada tahun 2011 KSSR dimulakan dengan murid rintis yang berumur 7 tahun.
Mata pelajaran yang diajar mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai 5 kompenan iaitu:
1. kompenan Asas 3 M ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik),
2. kompenan Pengurusan Kehidupan ( Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan
Kemahiran Manipulatif)
3. kompenan Seni Kreatif (Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik)
4. kompenan Pendidikan Islam /Moral
5. Kompenan Pendidikan Jasmani

Saturday, 6 April 2013
Perjalanan Program.....
Program Intergrasi Pendidikan Khas di SK Tg.Malim mempunyai bilangan murid sehingga April 2013 berjumlah 38 orang. Program yang dijalankan adalah program bermasalah pembelajaran.Antara kategori murid yang terdapat ialah Down Sindrom, Autisme, ADHD, Cerebal Palsy, Slow Learner serta mempunyai seorang murid pekak.
Terdapat 6 buah kelas pada masa kini iaitu 2 buah mengikuti kelas KSSR dan 4 buah lagi masih mengikuti kurikulum KBSR.
Selain itu, 4 orang murid sedang mengikuti program inklusif yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.

Friday, 5 April 2013
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim terletak di Jalan Ketoyong, Tanjong Malim.Ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dalam kategori 'A'.Diasaskan pada tahun 1894 di atas sebidang Tanah milik SITC dengan dinamakan Sekolah Melayu Tanjong Malim.Pada Januari 1989 banggunan baru yang terletak di Jalan Ketoyong telah siap dibina dengan 2 blok banggunan 2 tingkat dan sebuah kantin.
Program Pendidikan Khas Integrasi telah ditubuhkan pada Januari 2003 atas keperluan. Mula beroperasi pada Mac 2003 dengan penerimaan 3 orang murid berkeperluan khas dengan 2 orang guru dengan menggunakan sebuah makmal sains yang telah diubahsuai. Banggunan khas Program Pendidikan Khas Integrasi telah dibina pada oktober 2003 dan siap serta mula beroperasi pada Januari 2004 dengan pertambahan murid seramai 12 orang dan guru seramai 3 orang.Sehingga bulan April 2013, pertambahan bilangan murid telah meningkat kepada 38 murid dan guru seramai 13 orang yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan P.Khas iaitu Puan Khairul Azizah Bt.Musa serta mempunyai Pembantu Pengurusan Murid seramai 4 orang.

Subscribe to:
Posts (Atom)