Wednesday 8 May 2013

Ciri-ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran


Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah pembelajaran  mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Mereka turut menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal  dan mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Meraka akan menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan .

Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.

Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.

Dari segi semantik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif.

Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.

Sunday 5 May 2013

Peralatan yang digunakan untuk Terapi Fizikal

Aktiviti motor kasar dan halus sangat sinonim dengan murid-murid pendidikan khas kerana mereka mempunyai keupayaan yang sangat terhad.Aktiviti ini sangat sesuai untuk semua  subjek program  pendidikan khas.



AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MENOLAK
kerusi, meja, kotak,
MEMUKUL
bola, boxing, badminton,
MELAMBUNG
bola ,pundi kacang, belon dll
MENYAMBUT
bola, pundi kacang, belon dll
BERJALAN
tali,
BERLARI
tali skipping,
MELOMPAT
gelung rotan, tali skipping
BERKUDA

BERENANG



Aktiviti kemahiran motor kasar

Antara aktiviti kemahiran motor kasar


MERANGKAK


BERLARI





MELOMPAT
BERJALAN
   

Semua pergerakan motor kasar ini  merupakan asas kepada murid-murid pendidikan khas untuk melakukan aktiviti lain tetapi ada beberapa pergerakan seperti melompat menjadi satu kesukaran kepada mereka.

Saturday 4 May 2013

Kemahiran Motor Kasar

Kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan
Bagi kemahiran motor halus, ia melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti menggenggam jari tangan atau menggerakkan lidah bagi merasa sesuatu.

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan,kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian lain. Oleh itu, dalam pergerakan seperti ini,  dapat dilihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.


Friday 3 May 2013

Kemahiran Hidup

Matlamat

Kemahiran Hidup merupakan salah satu kompenan dalam kurikulum Pendidikan Khas. Ia dirangka bagi memenuhi matlamat dan keperluan mrid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Antara matlamatnya ialah

              " Bidang Kemahiran Hidup dirangka untuk latihan dan kemahiran perkembangan peribadi, sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, pengurusan rumahtangga dan provokasional bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran"

Pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini bertujuan melatih murid supaya membolehkan mereka dapat berdikari, disamping iti penekanan pada pra vokasional dan kemahiran amali seharian juga adalah dirancang untuk membantu mereka ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih berkeyakinan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keperluan Bidang Kemahiran Hidup adalah untuk pelajar dapat "berdikari". Konsep berdikari adalah aspek yang penting bagi pelajar bekeperluan khas.

Antara kompenan dalam bidang kemahiran hidup pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah Perkebunan, Pertukangan, kemahiran memasak/Jahitan dan kemahiran mendobi.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

1.Lisan dan teori iaitu kaedah yang biasa diguna dan ianya sesuai untuk permulaan sesuatu kemahiran

2.Amali dan Praktikal iaitu dalam bidang ini ia memerlukan penumpuan terhadap kaedah amali dan prktikal.Ini adalah untuk menarik minat murid  untuk mengikuti  kemahiran yang diajar.




Thursday 2 May 2013

Kemahiran perkebunan.



aktiviti kemahiran hidup perkebunan.Murid-murid sedang merumput iaitu proses mencabut rumput pada petak semaian pokok.


Melatih murid agar dapat berdikari  dalam aktiviti pertanian.melatih murid dengan asas kemahiran bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, tanaman herba dan pokok buah-buahan.





Aktiviti kemahiran motor halus

Murid-murid bermaslah pembelajaran sangat memerlukan kemahiran motor halus bagi mengembangkan kebolehan mereka.Antara aktiviti kemahiran motor halus yang boleh dilakukan ialah

1. Aktiviti manipulasi:
1.1 Manipulasi doh: menggentelnya menjadi bola-bola kecil, memintal menjadi doh yang panjang dan sebagainya.


1.2 Mengoyakkan kertas menjadi cebisan kecil– menggunakannya untuk kolaj atau menggumpalnya menjadi sebiji bola.
1.3 Memintal surat khabar menggunakan kesemua tangan dalam satu masa untuk mengembangkan kekuatan otot.
1.4 Menguntai manik atau makaroni.
1.5 Aktiviti menguntai.


1.6 Memotong menggunakan gunting, menggunakan cengkaman yang betul.
1.7 Manipulasi penyepit baju untuk mengutip objek-objek kecil.
1.8 Bermain fingerplays.

2. Aktiviti sensori
2.1 Melukis menggunakan jari atau manipulasi terhadap benda-benda cecair dengan jari-jari dan tangan misalnya bermain lumpur, melakar menggunakan sos tomato (kicap) di atas pinggan.


2.2 Mengutip objek-objek kecil dengan jari-jari, seperti pegboard pegs, bijiran dan sebagainya.

3. Aktiviti untuk mengembangkan keseimbangan atau stabiliti
3.1 Berjalan seperti kereta sorong, berjalan seperti ketam, bergayut di taman permainan untuk mengembangkan kekuatan bahagian atas badan.
3.2 Bekerja di atas permukaan mendatar seperti papan hitam atau easel di mana memerlukan pinggang untuk dibengkokkan baik untuk membina kemahiran motor halus.