Tuesday 30 April 2013

Pendidikan Jasmani Suaian

  • Pendidikan Jasmani Suaian merupakan satu aktiviti pembelajaran yang diubahsuai untuk golongan istimewa tetapi sama impak seperti yang dialami oleh pelajar biasa.
  • Pendidikan jasmani suaian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk  khusus untuk memenuhi  keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.
  • Kedah-kaedah ini meliputi aspek-aspek pengajaran  dan pembelajaran  dalam pendidikan jasmani.
  • Pendidikan Jasmani Suaian merupakan modifikasi  kepada aktiviti  Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat.
  • Aktiviti pendidikan jasmani suaian amat penting  kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi seperti menyediakan suasana ceria
  • Aktiviti fizikal yang dijalankan direka khas dan diubah suai untuk membolehkan murid pendidikan khas  menjalani aktiviti dengan selamat, bermain dengan adil bersama sama rakan.

Monday 29 April 2013

Jenis genggaman pensil(kemahiran menulis) murid bermasalah pembelajaran

 
                    Rajah 1: Ilustrasi Definisi Operasi bagi Postur Genggaman dalam Urutan         
                        Pembangunan (Sumber: Schneck & Henderson 1990)

Tidak semua murid yang memasuki program pendidikan mempunyai asas teknik menulis dengan betul.Gambarajah diatas menunujukkan beberapa pemeringkatan kemahiran menulis bagi murid-murid pendidikan khas terutama bagi murid bermaslah pembelajaran.Perkembangan jenis-jenis yang tidak matang dari a-h dan gambarajah i-j adalah genggaman yang matang.
Tugas guru-guru pendidikan khas akan memastikan kemahiran menulis murid-murid dapat dibetulkan seperti gambarajah i dan j.

kaedah taktile



  Kaedah taktile atau kaedah penulisan diatas pasir  telah diperkenalkan oleh Fernald (1943) dalam bukunya yang bertajuk "Remedial techniques in Basic  School Subject' untuk membantu murid murid mengingati cara penulisan huruf.Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk murid-murid pendidikan khas tetapi turut sesuai digunakan untuk murid pemulihan.

Saturday 27 April 2013

Kemahiran manipulatif



Gambar di atas merupakan biji-biji manik.Tahukah anda murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam memasukkan tali,benang atau apa sahaja ke dalam lubang biji manik.Mereka mempunyai kelemahan dalam koordinasi mata, kemahiran psikomotor halus dan kasar.Oleh sebab itu, murid-murid ini tidak tahu untuk memasukkan butang baju sekolah dengan betul atau tidak tahu langsung.
Di sekolah mereka akan diajar pelbagai asas kemahiran manipulatif bagi mengukuhkan kemahiran asas untuk psikomotor halus dan psikomotor kasar.Nampak mudah tetapi sebenarnya pembelajaran ini akan memakan masa  berbulan-bulan atau bertahun.

Thursday 25 April 2013

Pengurusan Kehidupan

Murid-murid pendidikan khas bagi bermasalah pembelajaran mempunyai fungsi yang pelbagai.Kompenan Pengurusan Kehidupan adalah satu cara bagaimana murid-murid ini diajar, di didik dan diasuh bagi membolehkan mereka dapat hidup berdikari seperti insan yang normal.sekurang-kurangna mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Kompenan Pengurusan Kehidupan  dipecahkan kepada tiga subjek iaitu :

a.Pengurusan Diri
b.Pengurusan Tingkah Laku
c.Kemahiran Manipulatif

Ketiga -tiga subjek ini sangat diperlukan kepada murid-murid khas ini dalam membantu mereka dari aspek pengurusan diri seperti mengurus diri ke tandas, adab makan, amalan dan cara pemakaian .Perubahan tingkah laku juga perlu dikurangkan atau dihapuskan melalui pembelajaran tingkah laku yang betul.Bagi aspek kemahiran psikomotor halus dan kasar akan diterapkan melalui subjek Kemahiran manipulatif.

Monday 22 April 2013

Bakat dan potensi murid

Murid-murid pendidikan khas mempunyai peluang belajar seperti murid normal.Ini adalah salah satu kaedah dan teknik pengajaran di mana muzik dan seni kreatif digabungkan.Murid murid dikehendaki menghasilkan alat muzik perkusi dan membuat satu persembahan dari alat muzik yang dihasilkan.

Wednesday 17 April 2013

Program Inklusif

Program pendidikan Inklusif dijalankan bagi memberi peluang untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulumbiasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dngan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing)

Program pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunkan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Insklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran diambil dan  murid yang mengikuti program ini akan mempunyai seorang atau lebih guru pembimbing dari kalangan guru-guru pendidikan khas.

Saturday 13 April 2013

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.




           Melalui Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik iaitu:

"Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan"


              Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran murid murid bermasalah pembelajaran program Pendidikan Khas adalah  berdasarkan  kemampuan dan keperluan murid.Antara kaedah dan teknik  yang paling praktikal ialah secara berpusatkan murid atau terarah kepada pengajaran secara individu dan kumpulan.Ini kerana setiap individu murid khas mempunyai kebolehan yang tidak sama antara satu sama lain menyebabkan guru perlu menggunakan kaedah  dan teknik tersebut.



Monday 8 April 2013

Kurikulum Pendidikan Khas.

Program Pendidikan Khas mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas  dibawah Akta Pendidikan 1996 dibawah peraturan-peraturan pendidikan(Pendidikan Khas 1997 Bahagian 11 3 (2).

Mata pelajaran yang diajar   adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pengurusan Diri, Sains Alam Sekeliling.

Apabila KPM mengubah kurikulum KBSR kepada KSSR, Pendidikan Khas  turut mentranformasikan kurikulum lama kepada  kurikulum baru yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu KSSR untuk bermasalah pembelajaran, KSSR untuk masalah  penglihatan dan KSSR untuk masalah pendengaran.

Pada tahun  2011  KSSR dimulakan dengan murid rintis yang berumur 7 tahun.
Mata pelajaran yang diajar mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai  5 kompenan iaitu:
1. kompenan  Asas 3 M ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik),
2. kompenan  Pengurusan Kehidupan ( Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan
    Kemahiran Manipulatif)
3. kompenan Seni Kreatif (Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik)
4. kompenan   Pendidikan Islam /Moral
5. Kompenan Pendidikan Jasmani

Saturday 6 April 2013

Perjalanan Program.....

Program Intergrasi Pendidikan Khas di SK Tg.Malim mempunyai bilangan murid sehingga April 2013 berjumlah 38 orang. Program  yang dijalankan adalah program bermasalah pembelajaran.Antara kategori murid yang terdapat ialah Down Sindrom, Autisme, ADHD, Cerebal Palsy, Slow Learner serta mempunyai seorang murid pekak.

Terdapat 6 buah kelas pada masa kini  iaitu 2 buah  mengikuti kelas KSSR dan 4 buah lagi masih mengikuti kurikulum KBSR.
Selain itu, 4 orang murid sedang mengikuti program inklusif yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.

Friday 5 April 2013

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim terletak di Jalan Ketoyong, Tanjong Malim.Ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dalam kategori 'A'.Diasaskan pada tahun 1894 di atas sebidang Tanah milik SITC dengan dinamakan Sekolah Melayu Tanjong Malim.Pada Januari 1989 banggunan baru yang terletak di Jalan Ketoyong telah siap dibina dengan 2 blok banggunan 2 tingkat dan sebuah kantin.

Program Pendidikan Khas Integrasi telah ditubuhkan pada Januari 2003 atas keperluan. Mula beroperasi pada Mac 2003 dengan penerimaan 3 orang murid berkeperluan khas dengan 2 orang guru dengan menggunakan sebuah makmal sains yang telah diubahsuai. Banggunan khas Program Pendidikan Khas Integrasi telah dibina pada oktober 2003 dan siap serta mula beroperasi pada Januari 2004 dengan pertambahan murid seramai 12 orang dan guru seramai 3 orang.Sehingga  bulan April 2013, pertambahan bilangan murid telah meningkat kepada 38 murid dan guru seramai 13 orang yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan P.Khas iaitu Puan Khairul Azizah Bt.Musa serta mempunyai Pembantu Pengurusan Murid seramai 4 orang.