Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim terletak di Jalan Ketoyong, Tanjong Malim.Ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dalam kategori 'A'.Diasaskan pada tahun 1894 di atas sebidang Tanah milik SITC dengan dinamakan Sekolah Melayu Tanjong Malim.Pada Januari 1989 banggunan baru yang terletak di Jalan Ketoyong telah siap dibina dengan 2 blok banggunan 2 tingkat dan sebuah kantin.
Program Pendidikan Khas Integrasi telah ditubuhkan pada Januari 2003 atas keperluan. Mula beroperasi pada Mac 2003 dengan penerimaan 3 orang murid berkeperluan khas dengan 2 orang guru dengan menggunakan sebuah makmal sains yang telah diubahsuai. Banggunan khas Program Pendidikan Khas Integrasi telah dibina pada oktober 2003 dan siap serta mula beroperasi pada Januari 2004 dengan pertambahan murid seramai 12 orang dan guru seramai 3 orang.Sehingga bulan April 2013, pertambahan bilangan murid telah meningkat kepada 38 murid dan guru seramai 13 orang yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan P.Khas iaitu Puan Khairul Azizah Bt.Musa serta mempunyai Pembantu Pengurusan Murid seramai 4 orang.
No comments:
Post a Comment