Wednesday 1 May 2013

Aktiviti pendidikan jasmani suaian




       Contoh salah satu aktiviti permainan  iaitu permainan bola jaring suaian yang telah dimodifikasi.

1.    PERINGKAT 1 ( kemahiran asas bola jaring )
1.1.        Peringkat ini melibatkan semua kategori.
1.2.        Kemahiran hantaran               : 3 kali hantaran
1.3.        Kemahiran gerak kaki            : 3 kali hantaran
1.4.        Kemahiran tangkapan            : 3 kali tangkapan
1.5.        Kemahiran jaringan                 : 5 kali percubaan

2.    PERINGKAT 2 ( kemahiran ‘defend and attack’ )
2.1.        Peringkat ini melibatkan pelajar bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran sahaja.
2.2.        Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang berjaya melepasi peringkat 1
2.3.        Dijalankan secara berpasangan mengikut undian dan masa untuk setiap balingan adalah sebanyak 3 saat.

3.    PERINGKAT 3
3.1.        Selain daripada Peraturan Kejohanan yang terkandung, Permainan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang digunapakai sekarang.
3.2.        tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tiga (3) orang pemain, seorang (1) pemain simpanan dan seorang (1) Pengurus pasukan.
3.3.        Seorang pemain hanya dibenar mendaftar dengan satu pasukan sahaja.
3.4.        setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi berikut;
Center             -           C
Wing Attack    -           WA
Goal Attack     -           GA
            GA juga akan bertindak sebagai ‘ Goal Defence’ GD

MASA DAN CARA BERMAIN

3.5.        Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa pertama adalah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 3 minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua juga ialah 5 minit. 
3.6.        Luas kawasan bermain ialah 50’ x 50’ (separuh gelanggang)
3.7.        permainan dimulakan dengan hantaran tengah yang akan diambil secra bergilir-gilir oleh kedua-dua pasukan.
3.8.        Kedua-dua pemain lawan GA yang berada di dalam bulatan gol mestilah mendapatkan bola daripada hantaran pasukannya sendiri sahaja. Jika hantaran diterima daripada pasukan lawannya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan Gol kepada pemain dari pasukannya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan.
3.9.        bola yang terkena tiang atau melantun hasil daripada jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar keluar bulatan gol kepada pemain pasukannya sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan Gol. 






contoh dari pertandingn bola jaring suaian pendidikan khas daerah segamat

No comments:

Post a Comment