Friday 3 May 2013

Kemahiran Hidup

Matlamat

Kemahiran Hidup merupakan salah satu kompenan dalam kurikulum Pendidikan Khas. Ia dirangka bagi memenuhi matlamat dan keperluan mrid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Antara matlamatnya ialah

              " Bidang Kemahiran Hidup dirangka untuk latihan dan kemahiran perkembangan peribadi, sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, pengurusan rumahtangga dan provokasional bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran"

Pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini bertujuan melatih murid supaya membolehkan mereka dapat berdikari, disamping iti penekanan pada pra vokasional dan kemahiran amali seharian juga adalah dirancang untuk membantu mereka ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih berkeyakinan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keperluan Bidang Kemahiran Hidup adalah untuk pelajar dapat "berdikari". Konsep berdikari adalah aspek yang penting bagi pelajar bekeperluan khas.

Antara kompenan dalam bidang kemahiran hidup pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah Perkebunan, Pertukangan, kemahiran memasak/Jahitan dan kemahiran mendobi.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

1.Lisan dan teori iaitu kaedah yang biasa diguna dan ianya sesuai untuk permulaan sesuatu kemahiran

2.Amali dan Praktikal iaitu dalam bidang ini ia memerlukan penumpuan terhadap kaedah amali dan prktikal.Ini adalah untuk menarik minat murid  untuk mengikuti  kemahiran yang diajar.




No comments:

Post a Comment