Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Mereka turut menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem
saraf mulut yang tidak normal dan mengalami masalah untuk menyebut perkataan
dengan jelas dan bunyi yang betul. Meraka akan menggunakan bacaan bibir untuk memahami
pertuturan .
Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan
perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa
yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, mereka juga menghadapi
masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang
ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam
pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.
Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu
maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta
penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka
mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.
Dari segi semantik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk
memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang
diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk
memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan
kata secara kualitatif dan kuantitatif.
Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam
menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan
bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.
No comments:
Post a Comment