Thursday 2 May 2013

Aktiviti kemahiran motor halus

Murid-murid bermaslah pembelajaran sangat memerlukan kemahiran motor halus bagi mengembangkan kebolehan mereka.Antara aktiviti kemahiran motor halus yang boleh dilakukan ialah

1. Aktiviti manipulasi:
1.1 Manipulasi doh: menggentelnya menjadi bola-bola kecil, memintal menjadi doh yang panjang dan sebagainya.


1.2 Mengoyakkan kertas menjadi cebisan kecil– menggunakannya untuk kolaj atau menggumpalnya menjadi sebiji bola.
1.3 Memintal surat khabar menggunakan kesemua tangan dalam satu masa untuk mengembangkan kekuatan otot.
1.4 Menguntai manik atau makaroni.
1.5 Aktiviti menguntai.


1.6 Memotong menggunakan gunting, menggunakan cengkaman yang betul.
1.7 Manipulasi penyepit baju untuk mengutip objek-objek kecil.
1.8 Bermain fingerplays.

2. Aktiviti sensori
2.1 Melukis menggunakan jari atau manipulasi terhadap benda-benda cecair dengan jari-jari dan tangan misalnya bermain lumpur, melakar menggunakan sos tomato (kicap) di atas pinggan.


2.2 Mengutip objek-objek kecil dengan jari-jari, seperti pegboard pegs, bijiran dan sebagainya.

3. Aktiviti untuk mengembangkan keseimbangan atau stabiliti
3.1 Berjalan seperti kereta sorong, berjalan seperti ketam, bergayut di taman permainan untuk mengembangkan kekuatan bahagian atas badan.
3.2 Bekerja di atas permukaan mendatar seperti papan hitam atau easel di mana memerlukan pinggang untuk dibengkokkan baik untuk membina kemahiran motor halus.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Get directions, reviews 김천 출장샵 and information for 광명 출장안마 Harrah's 당진 출장안마 Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, NC. 용인 출장안마 Harrah's Cherokee 순천 출장안마 Casino and Hotel.

    ReplyDelete